korang mmg kul kalau klik sini...

Saturday, January 15, 2011

jom lari cara saya...

Hai semua, guten tag...

Dah lama rasanya aku tk tulis pasal kisah lari2 anak sebabnya aku jarang2 berlari kat sini sebab busy. Almost every weekend aku keje, kalau weekdays jangan haraplah nak sempat gi berlari semua. Balik dh la lewat, kalau awal pun, kul 5pm dh gelap gulita + sejuk *jgn tny sejuk ke tak! Tp I seldom run jugak kat sini sebab konon2nya nk jaga stamina, tp dah menampakkan tanda2 kehancuran hasil konsumsi *matilaaa translate consumption* beriani dan pizza utk 10 org makan. *pffft!

Apa yg aku dpt masa lari2 kat sini, tp most of the time tgk org berlari...

(I) Mat2 + minah2 salleh ni selamba je pakai sluar pendek gi kuar lari2 tgh sejuk2 ni. Berkulit grizzly bear kah diorg ni? Kalau pakai full attire aku mmg tk kesah la. Ni dah la seluar pendek, pastu tkde la nk pakai glove ke, cap ke... Aku berjalan gi opis pun pakai glove, cap, mafla bagai... *stylo lebih sebenarnya. Hihi...

(II) Tk rasa penat sgt berlari kat sini sebab sejuk kot. So, relax je, tau2 dh jauh gila dh dok kaver berlari. Tp kena jaga2 dgn black ice la. Lain la kalau korg berangan nk jadi peluncur ais, silalah belasah dgn konfidennya. Aku rasa aku dh expert dh ice skating n buat skill sebelah kaki n split. Mana tak nya, dah 2 kali tergolek dawg. Terus terbyg nk pilih wheel chair *opssss.... Masa aku jatuh, agak macho jugak la sebab tkde terkeluar apa2 latahan atau carutan hanya kemantapan punggungku je menjadi mangsa. Jatuh je, terus bangun n jalan tanpa sebarang reaksi. Okeh tk?

(III) Semua org berlari kat sini mcm semua org makan nasi kat mesia. Dari budak2 sampailah ke org tua yang korg tk pasti sama ada diorg berlari ke atau belajar nk berjalan. Dah jd culture kat sini utk kuar jalan2 n exercise kat park. Kalau wiken lg la meriah sampai aku pernah terpikir ada karnival jom heboh ke apa sampai org ramai gila. Owh, kalau korg berlari malam2 kat sini, mungkin korg ada pencabar n peneman iaitu penunggu tamannnnnn nnnn nnnn nnnnn *efek gema yg seram* hihihih *bunyi kak ponti* ye, pasti ada peneman korg berlari, so kena hati2 kot2 terpijak arnab2 liar yg bersepah2 kat park. Sgt cumil. Aku pernah nk tangkap sekor dua tp sorg local kata, "if u catch the bunnies, u go to guantanamo" aku pitam!

(IV) Aku dah ada kit adidas lengkap utk lari, dari kepala sampai kaki. Complete set dr snowcap, inner (thermal), wind stopper jacket, tights (thermal jugak, aku ada 2 sila jeles skang), apa benda yg gantung kat pinggang utk isi botol air tu, socks n kasut. Aksesori lain otw.... Hahaha... Opsss rezeki terpijak masa boxing day hari tu.

K tu je. Choos

5 comments:

a z m i r said...

hek ele. ni bukan nak cerita pasal lari. tapi ni nak cerita pasal kit baru..

ahhh jelesssssss...

*sambung makan roti cicah sup*

June Malik said...

i like the part nak melaram lebih hehehe ..

Che said...

fuel belt nama dia.. ke ko nak nama yg dlm bahasa german? :P
*aku pun dlm usaha nak dapatkan satu*

wah, pengalaman baru eh? all the best lah, tp mmg membuatkan aku jeles.. :P jgn sampai aku posting dekat2 ko, aku gegar ajak lari sama2 :P

p/s: ada kosong tak kat embassy ujung2 tahun ni? haha..

Tschuss! Viel Glück!

n i j e said...

azmir, alaa... kantoi ke? jap, tk kuar ke signature aku guna ipad ni?

kak june, sekali sekala je kak, nk hiburkan hati sendiri. hihi

che, kat sini murah je benda tu. belas2 euro je. tu yg aku amik. kalau area europe ni bleh je nk lari sama2. kat sini kosong skang tp dgr2 dah ada nama dah nk masuk bulan 2 ni. kat berlin baru je dtg hujung tahun lepas.

misserra said...

hihi.. dah makin byk penggunaan english dalam penulisan demo...

cayalah..org kelate meme buleh kecek germe....

selamat merantau n enjoy ur stay...