korang mmg kul kalau klik sini...

Thursday, March 10, 2011

gigil


apa kabar semua? i'm back! lalala...

percutian di pulau di hemisfera utara berhampiran negara scandinavia pada waktu musim sejuk bukanlah satu idea yang baik ye. tapi bagi golongan yg kali pertama terkinja-kinja nk berjalan (read: me) itu bukanlah satu halangan (statement ini dibuat sebelum percutian) dengan sgt konfiden ye hanya bawak sehelai jaket jack wolfskin (ceo jw, sila bayar komisyen) saja ke tempat tu. kau ingat weather kat sini macam pulau perhentian? gutlak!

okeh, asalnya tak plan pun trip ni. bermula dengan lawatan rasmi, aku diajak join aktiviti menggigil di ruegen island. (nama program tu aku exaggerate je). berbekalkan beg rimowa (ceo rimova, sila catat no akaun ni...) beberapa orang baru kat berlin dengan gigihnya ke timur laut jerman (antara utara ngan timur, kita panggil timur laut kan?) dengan harapan ingin sun bathing di laut baltic aka ostsee. bajet nk jemur2 pakai seluar pendek? jangan harap... dari kejauhan di stralsund dah nampak air laut beku...

antara tempat yang dikaver masa rombongan cik kiah tu were stralsund, ruegen island (sellin, binz, arkona dll) senang citer semuanya tempat yang mat salleh pun taknk pegi masa musim sejuk ni. tp tempat tu sangat cantek n hotel yang kitorg duduk pun murah. 20euro je semalam termasuk bekfes. mana nak cari murah mcm tu? kalau makan beriani kat lahore pun dah kena belas2 euro...

nah tgk gambar je la... malas nk type (opssss...)


first stop was ozeaneum, berdasarkan nama korang buleh agak kan apa benda ozeaneum ni. tp memandangkan kos masuk utk tgk bot2 lama adalah setanding dengan pakej penginapan semalaman di sellin, maka kitorg masuk untuk kencing je. errr....



this is the kapal of a group of spanish sailors yang rosak n semua sailors tu mati, bla bla bla... (i wasn't listening dah lepas tu) hihih....


ye, ini adalah itik, tiada yang lebih extra ordinary pun melainkan ketaksuban beberapa ahli rombongan tgk cara itik2 ni landing dalam air n tergelincir atas ais. chumil okeh...


yang putih tu angsa, dia nk gi gigit balas dendam kat itik2 yang panggil dia ugly duckling dulu2... okeh aku reka yang part balas dendam tu. tp part gigit tu betul ye..



ini adalah rathaus yang hanya tinggal dinding luar je... belah dalam n belakang dah runtuh tp masih okeh la..


(please write your own caption)




ini kat sellin, ostsee... benda yang terbonjol kat hujung bangunan tu adalah sejenis kapsul yang buleh submerge masuk dalam laut n korang boleh tgk ikan2 kesejukan dengan harga 8euro. memikirkan keadaan laut yang bergelora dan icy, sorang pun tak masuk benda tu. (sebenarnya elok kitorg sampai, benda tu dah tutup for the day... dem!)




sunburnt effect



bersama my newest teddy bear from berlin, ammar.



akhirnya jumpa jugak pasir n pantai kat binz. yang putih tu bukan pasir atau buih, jauh sekali ketombe bertaburan, itu ais ye. kalau tak caya punya excited jumpa ais kat laut, sila tgk gambar kat bawah ni...



rasa2nya dah boleh panjat everest tak? oh... lupa plak, konon2nya pagi tu nak berlari2 anak kat tepi pantai, tp memikirkan kesejukan hingga ke sum sum tulang, option terbaik adalah berselimut di dalam hotel sambil menunggu breakfast nasi lemak yang ditapau.


k tu je.

tchuss!

2 comments:

d u t a said...

bagus bagus dah faham dah kat mana duit tu dilaburkan . huhu anyway its a good therapy kan? enjoy ya... plis more adventure such as yg gempak mcm naik kapal lnggar iceberg atau terhempas tapi terselamat k huhuhu

dxoul lacruz said...

wah...luas kawasan katanya!