Wednesday, November 25, 2009

+ m a t a +

hari isnin lepas, aku menjalankan rutin harian sebagai pekerja yang berdedikasi... masa tgh syok mengadap kerja aku rasa mata aku amat la letih n gatal2. dengan konfidennya, aku gosok n tenyeh mata aku baik punya. so, hilang la sekejap gatal2 kat mata tu sebab dah bertukar jadi pedih. hihihi... lepas tu macam ok je.

semalam, aku bangun pagi tgk mata aku merah, aku rasa sebab tak cukup tido. tapi bila sampai opis ada beberapa orang tegur, en nije kena kataraks ke? *iklan: kataraks tu apa? gigih aku google lepas tu. aku dengan keyakinan yang tinggi kata... eh mana ada. ok je terang mata ni. tp untuk confirmkan, aku pun gi la belek mata aku kat toilet... tetiba aku nampak macam ada benjolan kat mata putih aku. apa tu? tapi mata aku ok je. terang je. cuma merah je kat sebelah kanan.

kalau esok still merah, terpaksa la pegi jumpa GP.
mmm... mungkin sebab elegik pakai jam orang kot. opsss...
k, selamat hari raya semua.

Tuesday, November 17, 2009

+ k o n g s i +

sebagai seorang yang baru berjinak2 dalam dunia kreatif, aku nak kongsi ngan semua pembaca laman sesawang ni mcm mana nak buat glossy effect pada design anda. ok, mula2 amik hset masing2. lepas tu kol duta utk buat appointment utk dia ajar. owh, btw kena buat appointment awal, nanti senang dia nak gi beli mc. hihi...

aku suka idea perkongsian pintar sebab banyak benda yang kita boleh kongsi. antaranya ilmu, teknologi, barang2, dll. konsep perkongsian pintar ni rasanya kedua-dua pihak dapat manfaat. betul tak en media? aku sgt suka konsep perkongsian pintar yang dibuat oleh jibies. wardrobeku wardrobemu jua. menarik tak?

terbaru, aku diberi kebenaran untuk meminjam sebijik jam fossil yang bagi aku dolu2 aku tak berapa suka sgt sebab aku tak pernah pakai jam2 yang besar. tapi bila dah try 2 hari. wow! terus aku teruja nak beli sebijik. boleh kata setiap kali nampak kedai jam je, aku akan stop n ushar, mana la tau kot2 terpandang yang menarik. tapi aku dah diingatkan... ushar je dulu. jangan beli. aku pun takut jugak kena petir nanti kalau aku dah beli dulu.

tapi... hari ni aku terfikir asyik aku je yang pinjam barang ni. kenapa ye? ponder!

Wednesday, November 11, 2009

+ pengaruh +

mmm... aku ni ada orang yang mudah terpengaruh dengan pujuk rayu orang. dah banyak dah bukti depan mata n most of my best friends pun tahu aku ni mudah tumpas pada promotion apa2 je. but, not for those yang pernah buat taik ngan aku. mungkin tak semudah itu aku termakan pujuk rayu diorg.


antara kisah klasik mudahnya aku terpengaruh is masa nak beli laptop. elok je tgh jalan2 ngan kawan2 without any proper plan nak beli laptop, aku dipanggil utk tgk special promotion kat the mines.... wah murahnya 2.1k je? terus aku zasssss without checking OS, features dll. see? just because of the harga, aku terus bayar.


aku penah g watson nak beli pencuci muka yang biasa aku pakai n aku dah selesa pakai produk tu. sebab mmg aku dah tau tempat produk tu, aku dengan konfidennya amik n terus beratur kat kaunter. masa tgh beratur, dtg sorang nyonya ni dia kata muka aku berminyak la, ada blackhead la, dll... so, dia kata brand yang aku pakai ni tak elok utk kulit aku, so dia hulur satu brand lain. tanpa berfikir panjang, aku terus bayar. bleh? end up satu tiub tu tak pernah aku guna. ada je dalam toilet kat rumah.

pernah jugak aku berjalan2 ke shah alam n katanya nak minum stabak kat klang n nak cari grip utk raket. sampai je kat shopping mall tu, tetiba ternampak promotion sunglasses. belek punya belek, terus beli ray ban - aviator satu. sebabnya ada promotion 40%. aku ingat aku sorang je yang mudah terpengaruh nak beli spek tu. rupa2nya en azmir pun sama. selang 2 - 3 hari en duta pun. sama je. hihihi

dan yang paling kronik skang ni adalah sejenis produk yang dipromote oleh kawan2 aku jugak kat opis. mula2 aku kental je dok menolak2 tak nak la, membazir la, tak worth it la... tapi, bila aku memberi peluang kepada kawan2 aku ni utk promote + buat demo, aku dah 55% terpengaruh? how? 911, dorotha please help me! hahahaha...

Monday, November 9, 2009

+ WHERE to EAT 2 +

mmm... entry ini mmg meniru entry en. duta.

aku nak bercerita sikit pasal sejarah hidup aku. sebelum tahun 2005, aku bebas untuk makan apa saja yang aku nak makan. PISANG ke IKAN SELAR KUNING GORENG ke GULAI LABU ke udang ke ketam ke KERANG BAKAR ke SOTONG GORENG TEPUNG ke, semua aku tapau. itu dulu2. tapi skang aku dah kena kontrol makan sebab alergik (walaupun dituduh berpenyakit kulit). so, semua jenis haiwan bercengkerang atau bertentakel semua aku takleh makan. aku terima.

skang ni aku kena banyak pantang, sebab tu la kalau keluar dengan kawan2, aku insist untuk tak pegi kedai2 makan seafood. kalau tak siap la ambulans BMC kena kerja tgh2 malam tunggu aku kat hospital pjaya. so, walaupun kami bertiga (u know who) pernah gi makan kat BUBBA GUM, aku takleh nak enjoy those food sebab semuanya shrimp-based food. tapi TONY ROMAS ada jual daging kan? kan? kan? (jawab!). tapi, kalau orang ajak aku makan japanese food tiap2 minggu pun aku tak kesah. aku on je. kikiki... (tapi aku tak nak order ala carte erk!). oh bercakap pasal japanese food, terigt lah al-kisah seorang sahabat baik berpangkat abang kepada aku ni. dia dapat macam2 job utk design BACKDROP la, POSTER la, dll... mula2 kata nak caj harga kawan2 je. tapi tiba2... boleh claim underpaid? caner tu? dah tu ada jugak kes dia kata nak caj sampai boleh beli iphone 2 bijik? isk isk isk... kejam! intan mastura kan? huk huk huk

ok berbalik kepada makan2. memandangkan kami suka sgt makan, so, perubahan2 ketara terjadi la seperti DOUBLE CHIN, seluar saiz 34, dsb.... yang paling teruk kena tuduh seperti biasa la aku. so, sekali lagi... aku terima. menyedari akan hakikat tersebut, aku selalu la berhajat untuk bersukan, ye lah... nak bagi kuar peluh sikit. (kuar peluh masa kemas bilik untuk masuk dalam blog tak dikira). tapi malangnya sebab skang ni asyik hujan je belah petang, selalu takde can. aku terima. semuanya telah ditakdirkan. kan? betul tak kashah?



jom sukan!

sorilah kalau entry ni takde hala tuju sebab skang ni aku pening lepas makan pasta kat william hari tu. ok dah!!!

Friday, October 23, 2009

mmm... (part one)


mungkin ramai yang mengurus (menjadi kurus) selepas puasa termasuk la beberapa sahabat karibku sehingga menjadi topik pertikaman lidah di setiap kedai seluar atau baju yang kami pegi. pelik tak masing2 tak mengaku dah buncit. terima je la. macam aku, terima je semuanya. dituduh hampir menyerupai roy (rujuk comment duta dalam fb), aku mengambil inisiatif untuk mula bersukan kembali selepas hampir 2 bulan menggantung kit sukan aku. aku gerak sorang2 je sebab nak ajak 'sahabat' lama tak boleh sebab dia dah sedikit kurang berkemampuan untuk membuat aktiviti2 melibatkan banyak pergerakan. yang lain pulak... mmm... tak nak komen. so, aku pegi la start berenang2 ketepian sorang2. fuhhh... memang terasa lemak rendang, lemak ketupat, lemak nasi beriani, lemak BUBBA GUMP (tetiba terCAPS) dan bermacam2 lemak lagi mengekang pergerakan badan. mmm... mungkin ada benarnya. terima je.

rasanya bukan aku sorang je yang mengalami masalah ni... mmm... abg im, kalau baju2 ke, kasut2 ke, seluar2 ke dah tak muat, saya ada ye. ye la... lepas kawen ni kan, mana la tau terlebih bahagia ke. esp baju topman 2 lapis tu. gulp! hehehe... kadang2 kelakar jugak la bila dok cerita pasal benda ni. orang kata, apa la kau nak takut kalau obes pun. fuuhhhh.... can't imagine myself wearing seluar size 32" ops... 42". kikiki. dah la aku ni tak kawen lagi. nanti kang tersangkut perut pulak. hehehe.

ok sambung... lepas berenang2 ketepian, esoknya satu badan aku sakit2. aku igtkan dah nak kena kol ambulan bdr mahkota cheras dah... rupanya kekejangan otot (read: lemak). mungkin lemak terkejut kot. kikiikiki. walaupun berenang solo kali ni, aku akan tetap terus berusaha!

Wednesday, September 30, 2009

~me who has zero knowledge on graphic designing~

entry ni sebenarnya tajuknya 'tiada apa2 pun yang menarik raya ni' tapi atas desakan entry sahabat2 lain yang menusuk jantungku. maka aku keluarkan la entry ni. mungkin ada yang kata entry ni akan meniru entry seseorang yang lain tapi ada aku kisah? lalalala... rangkuman hari raya ku tahun 2009.

Pre Raya


sebelum raya, banyak jugak aktiviti bersama-sama GBS, buka puasa la, masak2 la, gi jalan TAR berturut2, gi tgk wayang, dll tapi terawikh je takde. opsss... tapi byk jugak la program GBS yang aku tak dapat join atau tak dijemput untuk join (matila aku) sebab aku kena duty kat epot. ye lah dah musim kan. nak wat caner... terima je. ada la satu kejadian masa sebelum raya ni yang aku takkan lupa. drama lalalalala... tapi memberi banyak pengajaran kat aku. isk isk isk... lalalala.


Raya


tahun ni aku tak raya kat mesia sebab aku kena gi obersea atas tugas rasmi. walaupun ada beberapa yang mengecam kononnya berjalan2 tapi kepenatannya tuhan sahaja yang tau. ye... untuk mengaitkan dengan tajuk entry ni, aku tunjuk la gambar yang aku amik kat obersea terus dikecam. lalaalala.... terima je. aku kat obersea 10 hari. sori la kepada sesiapa yang tk dapat subenier dari aku sebab kewangan amat2 terhad. lenkali bila aku dah kaya ke, dah belajar kat sana ke (ops..) keje sana ke, aku tapau la segigih mungkin.
lepas tu aku sambung raya kat kampung pulak. walaupun suasana raya dah habis kat kampung tapi aku tetap rasa meriah sebab parents aku gigih mewujudkan suasana raya utk aku. lalalala... sempat la pegi jalan2 rumah sedara mara n kawan2 kat sana. hmmm... hihi.

Post Raya

lepas raya, aktiviti GBS terus bermula. nak tau apa xtvt pertama kami, rujuk blog duta yang ikhlas tu. hahahaha....

(seperti biasa, photos will be uploaded later... lalalala)

Tuesday, September 8, 2009

~kentut-kentut ramadhan~


setelah lebih 15 hari berpuasa, barulah aku berpeluang untuk balik kampung untuk menikmati puasa dengan family hari sabtu lepas. memandangkan keputusan untuk balik kampung tu dibuat pada hari jumaat, so pejam mata je la masa nak buking tiket syarikat tambang murah tu. sebab lewat, takde la murah. kesimpulannya buka puasa kat kampung dengan famili sgt best sebab mak aku buat ikan masak tempoyak (ikan gerut <--- ni bahasa kelantan), bawal sweet sour, ikan sardin + nenas masak lemak, gulai pucuk paku, ikan masin yang kecik2 tu. nyum... nyum... semua makanan berasaskan ikan sebab aku mmg takleh makan haiwan laut yang lain. so, mak aku kena masak ikan je la. aku kat kampung sehari je. ahad pagi dah balik kl dah sebab ada janji dengan GBS lain untuk program khas Ramadhan. owh... btw thank to Roy sebab gigih hantar and amik aku kat epot. get well soon big bro, byk lagi aktiviti kita nak wat ni.

cuba teka sapa yang paling excited nak buka?

program khas Ramadhan ni dianjurkan oleh Kashi tapi hosnya rumah Roy. nama program ni diambil khas sempena program masakan feveret Kashi, Ketuk-Ketuk Ramadhan. Tapi, aku modified, kentut-kentut ramadhan. Semua ahli GBS feat. Roy kena masak satu lauk. Tu dia cabaran sangat kan. Puas la sekor2 memikirkan menu nak masak. Gigih ni pegi beli macam2. Akhirnya Bro Im masak bawal tiga rasa, Bro Dxoul masak roti john, Kashi masak brocolli black pepper, Roy masak tom yam dan aku masak daging goreng kunyit + telur dadar + sambal belacan. jumlah lauk yang dihasilkan mampu menjamu 20 orang sebenarnya. hehe. erk lupa lak... program ni lebih kurang pertandingan la, sampai ada yang gigih buat decoration bagai. siap beli kad lagi untuk tulis nama masakan. hahaha.. tu tak kira lagi sepanjang program tu, ada je bisikan-bisikan syaitonnn berkumandang.

kashi's

bro im's

mine


bro dxoul's



lepas makan, seperti biasa confirm la GBS feat. Roy akan ada aktiviti. kali ni, kitorang gi tadarus sebelum solat isyak n terawikh, then lepas tu sambung tadarus balik. heehehe. overall, tahniah kepada Kashi + Roy sebab berjaya menganjurkan program Kentut-Kentut Ramadhan ni. sgt enjoy! next project... Bro Im akan uruskan!

gigih bertadarus erk...